Tuesday 12 November 2013

Mesyuarat MPZ Semerah 2013 ( 13 November 2013 )


Malam Bingkisan Nurani Pendidikan Khas

Suasana tanpa diduga. Dataran SK Lubok dibanjiri dengan penduduk sekitar semata-mata untuk menjayakan malam bingkisan nurani pendidikan khas. Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan silaturahim antara warga SK Lubok dan ibu bapa murid-murid pendidikan khas. Pelbagai atucara majlis telah diatur oleh penyelaras program. Terima kasih juga diucapkan kepada guru besar kerana memberi peluang kepada guru-guru untuk menjalankan program sarana seperti ini...Terima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak.







Sukan Tahunan Peringkat Sekolah 2013

Tahniah kepada guru dan murid-murid kerana bersama-sama merealisasikan dasar kementerian agar murid-murid seimbang dari segi rohani dan jasmani. Tahniah juga diucapkan kepada RUMAH HIJAU kerana berjaya mendapat JOHAN KESELURUHAN bagi karnival sukan pada kali ini.




Program Jejak Halal Perdana

Bersempena dengan Hari Raya 'Aidil Adha yang lalu, sekolah lubok mencetuskan sejarah dengan mengadakan korban perdana di sekolah. Dua ekor lembu berjaya disembelih dan di agih-agih kepada penduduk setempat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.