Thursday 25 April 2013

Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 24 April 2013



Kejayaan demi kejayaan diraih oleh warga SK Lubok ( Pendidikan Khas ) kerana terpilih mengikuti Karnival Pendidikan Khas Negeri Johor. Pelbagai pujian dan harapan telah diberikan oleh Tn. Hj Rahman bin Hamdan Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Tahniah....

Pertandingan Bowling Daerah Pendidikan Khas 17 April 2013



















Tahniah diucapkan kepada Mohd Izwan bin Ahmad Sabri kerana kejayaan beliau mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan tersebut.

Karnival Sukan Pendidikan Khas 20-21 Mac 2013



Hasil daripada usaha yang berterusan daripada latihan yang dijalankan oleh murid dan guru-guru pendidikan khas telah memenangi beberapa pertandingan antaranya

1. Tempat ke 2 dalam acara 800 m perempuan senior ( Tan Xue Min )
2. Tempat ke 2 dalam acara CP lelaki junior ( Mohd Aliff Aiman bin Malik )

Tahniah kepada semua pemenang...

Thursday 11 April 2013

Karnival Pend. Khas Batu Pahat



Bertempat di Dewan Jubli Intan Batu Pahat (10-11 April 2013 ) berlangsung Karnival Pendidikan Khas peringkat Batu Pahat. Pebagai acara dan pertandingan menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Antara kejayaan yang diraih oleh sekolah ialah:-

1. Tempat ke 2 dalam pertandingan pameran dan inovasi
2. Tempat ke 3 dalam pertandingan nyanyian lelaki junior
3. Tempat ke 2 dalam pertandingan mewarna perempuan junior
4. Tempat ke 3 dalam pertandingan masakan lelaki junior
5. Tempat ke 3 dalam pertandingan gubahan junior

Tahniah kepada yang menang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, PPM dan mereka2 yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Tuesday 2 April 2013

Program Pengarah Turun Padang SK. Lubok















Warga Sekolah Kebangsaan Lubok berbesar hati kerana pada 9 April 2013 ( Selasa ) bersamaan 22 Jamadil awal 1434 akan didatangi oleh En Sajali bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran, PPD Batu Pahat dan di iringi oleh Hj Ghazi bin Hj Ali, Timbalan PPD Batu Pahat dan untuk melawat sekolah ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke sekolah kami
 .