Tuesday, 12 November 2013

Malam Bingkisan Nurani Pendidikan Khas

Suasana tanpa diduga. Dataran SK Lubok dibanjiri dengan penduduk sekitar semata-mata untuk menjayakan malam bingkisan nurani pendidikan khas. Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan silaturahim antara warga SK Lubok dan ibu bapa murid-murid pendidikan khas. Pelbagai atucara majlis telah diatur oleh penyelaras program. Terima kasih juga diucapkan kepada guru besar kerana memberi peluang kepada guru-guru untuk menjalankan program sarana seperti ini...Terima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak.







Sukan Tahunan Peringkat Sekolah 2013

Tahniah kepada guru dan murid-murid kerana bersama-sama merealisasikan dasar kementerian agar murid-murid seimbang dari segi rohani dan jasmani. Tahniah juga diucapkan kepada RUMAH HIJAU kerana berjaya mendapat JOHAN KESELURUHAN bagi karnival sukan pada kali ini.




Program Jejak Halal Perdana

Bersempena dengan Hari Raya 'Aidil Adha yang lalu, sekolah lubok mencetuskan sejarah dengan mengadakan korban perdana di sekolah. Dua ekor lembu berjaya disembelih dan di agih-agih kepada penduduk setempat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Tuesday, 1 October 2013

Perkhemahan Pengakap & Puteri Islam SK Lubok 2013


Selama tiga hari guru-guru dan murid berkampung di tapak perkhemahan di SK Lubok. Murid-murid memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan perkhemahan ini. Guru-guru yang terlibat juga banyak menyumbangkan masa dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Gambar-gambar perkhemahan boleh lihat di galeri gambar..

Wednesday, 25 September 2013

Merdeka Raya 2013


Inilah kelebihan sekolah kami. Walaupun kami tergolong dalam sekolah kurang murid ( SKM ), tidak menghalang kami dari menjayakan program yang cukup meriah dan indah seperti ini. Sambutan Penutupan Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.


Sunday, 1 September 2013

Jalur gemilang Gergasi SK Lubok




INILAH SEMANGAT MERDEKA KAMI.. MERDEKA..!!
Peace for R4BIA

Riang Ria Hari Raya SK Lubok...





Indahnya sungguh dihari raya..
Ramainya orang bersuka ria...

Inilah reaksi guru-guru SK Lubok dalam menjayakan "Program Marhaban Perdana" kerumah guru-guru dan staf..Semoga kita berjumpa lagi di Aidilfitri akan datang..INSYAALLAH... :)