Friday 20 December 2013

SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Artinah Bt Abu Bakar sepanjang khidmat beliau di sekolah SK LUBOK. Di atas arahan pihak atasan, beliau ditukarkan ke SMK SEMERAH bermula 1 Januari 2014. Semoga perpindahan ini dapat menjadikan beliau pekerja yang lebih berjaya di masa akan datang.
TERIMA KASIH.....

KEPUTUSAN TERKINI UPSR SK LUBOK 2013



Tahniah kepada semua murid dan guru-guru di atas kejayaan yang lebih cemerlang daripada tahun 2012

Tuesday 12 November 2013

Mesyuarat MPZ Semerah 2013 ( 13 November 2013 )


Malam Bingkisan Nurani Pendidikan Khas

Suasana tanpa diduga. Dataran SK Lubok dibanjiri dengan penduduk sekitar semata-mata untuk menjayakan malam bingkisan nurani pendidikan khas. Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan silaturahim antara warga SK Lubok dan ibu bapa murid-murid pendidikan khas. Pelbagai atucara majlis telah diatur oleh penyelaras program. Terima kasih juga diucapkan kepada guru besar kerana memberi peluang kepada guru-guru untuk menjalankan program sarana seperti ini...Terima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak.







Sukan Tahunan Peringkat Sekolah 2013

Tahniah kepada guru dan murid-murid kerana bersama-sama merealisasikan dasar kementerian agar murid-murid seimbang dari segi rohani dan jasmani. Tahniah juga diucapkan kepada RUMAH HIJAU kerana berjaya mendapat JOHAN KESELURUHAN bagi karnival sukan pada kali ini.




Program Jejak Halal Perdana

Bersempena dengan Hari Raya 'Aidil Adha yang lalu, sekolah lubok mencetuskan sejarah dengan mengadakan korban perdana di sekolah. Dua ekor lembu berjaya disembelih dan di agih-agih kepada penduduk setempat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Tuesday 1 October 2013

Perkhemahan Pengakap & Puteri Islam SK Lubok 2013


Selama tiga hari guru-guru dan murid berkampung di tapak perkhemahan di SK Lubok. Murid-murid memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan perkhemahan ini. Guru-guru yang terlibat juga banyak menyumbangkan masa dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Gambar-gambar perkhemahan boleh lihat di galeri gambar..

Wednesday 25 September 2013

Merdeka Raya 2013


Inilah kelebihan sekolah kami. Walaupun kami tergolong dalam sekolah kurang murid ( SKM ), tidak menghalang kami dari menjayakan program yang cukup meriah dan indah seperti ini. Sambutan Penutupan Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.


Sunday 1 September 2013

Jalur gemilang Gergasi SK Lubok




INILAH SEMANGAT MERDEKA KAMI.. MERDEKA..!!
Peace for R4BIA

Riang Ria Hari Raya SK Lubok...





Indahnya sungguh dihari raya..
Ramainya orang bersuka ria...

Inilah reaksi guru-guru SK Lubok dalam menjayakan "Program Marhaban Perdana" kerumah guru-guru dan staf..Semoga kita berjumpa lagi di Aidilfitri akan datang..INSYAALLAH... :)

Sunday 25 August 2013

MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!!




Hari ini dalam sejarah. Warga SK Lubok berjaya menghasilkan "JALUR GEMILANG GERGASI" sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 56 pada tahun ini. Usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh guru dan murid dapat dirasai dengan tersiapnya jalur gemilang gergasi sepanjang 40 meter dan logo-logo kemerdekaan sepanjang 30 meter. ANDA SEMUA TERBAIK....!!!

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1434H




Majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada murid-murid dan guru-guru kerana bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan dengan pengisian membudayakan Al-Quran dikala masa senggang..TAHNIAH SEMUA... :)

Monday 22 July 2013

Calon Paling Menyerlah Peperiksaan Percubaan UPSR 2013


1. SITI ATIQAH BINTI NAZAR= 5A

2. MUHAMMAD ZARNAFI BIN ZULKIFLI = 3A 2B

3. NURUL LIYANA BINTI NORAZMI = 2A 2B 1C

4. NOOR NATASHAH ELIYA BINTI MAH = 2A 2B 1C

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR... !!!

Sunday 14 July 2013

Waktu Berbuka Dan Imsak Ramadhan 2013/1434H


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1434/2013 M 
BAGI NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA


 JOHOR                                        PERLIS

MELAKA                                      KEDAH

PAHANG                                      PULAU PINANG

TERENGGANU                            PERAK

KELANTAN                                 SARAWAK

SABAH                                         SELANGOR



Wednesday 10 July 2013

PERPINDAHAN CIKGU NORATIQAH BT MOHD KOHAR & PUAN NURIZATUN NAJIKA BT MOHAMAD



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dua orang staf berjaya dalam permohonan bertukar pada bulan Jun yang lalu. Puan Noratikah bt Mohd Kohar (Guru KPKI) bertukarkan ke SK Presint 9, Putrajaya. Puan Nurizatun Najika bt Mohamad bertukar ke SK Parit Sulong, Batu Pahat. Selamat bertugas ditempat yang baru. TAHNIAH..

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

6 PERGERAKAN PENCAPAIAN KE ARAH ETR 2013


PENCAPAIAN % MENGUASAI SETIAP MATAPELAJARAN
CALON UPSR 2013
MP Bil Calon TOV AR1 AR2 AR3 AR4 AR5 ETR
2012 2/13 3/13 5/13 6/13 7/13 9/13
BMP 11 90.91 81.82 100% 100% 100% 100%
BMT 11 100.00 100.00 100% 100% 100% 100%
BI 11 63.64 54.55 81.82 81.82 81.82 81.82%
MT 11 36.36 27.27 72.73 81.82 90.91 90.91%
SN 11 81.82 72.73 90.91 90.91 100% 90.91%

Monday 1 July 2013

Kejayaan SK LUBOK Diteruskan




Kecemerlangan diteruskan lagi pada tahun ini iaitu kejayaan murid-murid pendidikan khas SK Lubok didalam pertandingan SEMARAK ISLAM yang berlangsung di SK Sri Medan 26 Jun 2013 yang lalu. Antara kejayaan yang diperolehi ialah :

1. Nasyid Junior : Naib Johan
2. Tilawah Al-Quran Lelaki Junior : Naib Johan
3. Tilawah Al-Quran Perempuan Junior : Naib Johan
4. Bercerita Kisah Nabi Lelaki Junior : Ketiga
5. Bercerita Kisah Nabi Perempuan Junior : Naib Johan
6. Seni Khat Perempuan Junior : Naib Johan

Tahniah kepada semua pemenang diatas kejayaan dan mengharumkan nama SK Lubok yang sentiasa UNGGUL DIPERSADA JUARA

Wednesday 19 June 2013

SAHAM FI SABILILLAH


Pada tarikh 28 Jun dan 5 Julai 2013, SK Lubok akan mengadakan TAHLIL PERDANA sempena kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi. Program mengirim arwah kepada nama-nama simati yang disenaraikan akan disebutkan semasa majlis tersebut. 1 nama di sarankan menyumbang sebanyak RM10. Bagi sesiapa yang ingin menghantar nama untuk dikirimkan al-fatihah dan tahlil, hendaklah menghantar nama dan bayaran kepada pihak sekolah.Orang ramai di seru untuk menyumbang...Semoga Allah membalas jasa baik jasa baik tuan puan..Ameen...



"SEKIRANYA KITA MENGINGATI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU
KITA JUGA AKAN DI INGATI OLEH YANG LAIN KELAK.."

Monday 20 May 2013

KEJAYAAN PENDIDIK SK LUBOK




















Dari meja guru besar dan warga Sk Lubok merakamkan ucapan tahniah kepada dua orang guru sekolah ini yang telah meraih kejayaan diperingkat daerah dalam pertandingan Kreativiti dan Inovasi.  Mereka ialah    Pn. Nuratiqah binti Mohd Kohar dan Pn.Syahdah Ruhaida binti Yubaya. TAHNIAH CIKGU....

JADUAL TERKINI PEPERIKSAAN UPSR 2013



Wednesday 8 May 2013

Program Celik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bersama Ibu Bapa Tahun1, 2,3 sesi 2013

























Program Celik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bersama ibu bapa murid Tahun 1, 2, dan 3 bagi sesi 2013.
Program ini merupakan penerangan secara mendalam tentang PBS yang menggantikan peperiksaan UPSR yang dikendalikan oleh Pn. Marina binti Misran dan Puan Siti Salwa binti Ab. Manap dan disokong oleh rakan-rakan guru yang lain.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua....

Petugas Pusat Mengundi SK Lubok PRU 13


Antara wajah-wajah guru sk lubok yang diamanahkan untuk bertugas semasa PRU 13 yang lalu. Terima kasih...

Tuesday 7 May 2013

PROGRAM SARANA TAHUN 6 2013






Ibarat isi dengan kuku. Itulah perumpamaan antara hubungan guru-guru dan ibu bapa untuk bersama-sama mempertingkatkan lagi kecermerlangan anak-anak daripada pelbagai aspek. Program yang dijalankan supaya ibu bapa dapat menilai sendiri cara dan langkah pihak sekolah untuk memastikan anak-anak mereka menuju ke arah kecemelangan 5A dalam UPSR nanti. ameen...

MERENTAS DESA SK LUBOK 2013


Sukan merentas desa dijalankan oleh pihak sekolah. komitmen dan kesungguhan ditunjukkan oleh setiap murid dan guru-guru. semangat inilah yang amat di harapkan oleh setiap individu.

 MAJULAH SUKAN
 UNTUK NEGARA