Sejarah Sekolah

   
                                                                             
PROFIL SEKOLAH

1.1.     Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Lubok, Batu Pahat  merupakan sekolah kebangsaan terawal di negeri Johor dengan kod sekolah JBA0001. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1904.  Bangunan asal sekolah ini telah dibina di sebidang tanah yang kedudukannya terletak di persimpangan  masuk Kampung Parit Lubok.  Bersempena nama Kampung Parit Lubok inilah, nama Sekolah  Lubok diwujudkan.  Orang yang bertanggungjawab  menubuhkan sekolah ini ialah bekas Penghulu Kampung Lubok iaitu Encik Kamaludin bin Jumaat. 

Setelah hampir 24 tahun Sekolah Lubok ditubuhkan,  keadaan sekolah didapati kurang sesuai dengan pertambahan murid dan timbul pula masalah tuntutan hakmilik.  Sebagai langkah menyelesaikan masalah,  pada tahun 1926 bangunan ini telah dipindahkan ke satu tapak baru yang telah diwakaf oleh Tuan Haji  Salleh bin Jumaat. Bagunan Sekolah Lubok kekal di tapak ini sehingga ke hari ini.

Bangunan Sekolah Lubok telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bangunan khas untuk murid-murid lelaki dibina berhampiran  dengan jalan raya  manakala 200 meter di bahagian belakang bangunan lelaki tersebut telah dibina bangunan murid-murid perempuan. Kedua-dua bangunan ini telah dipisahkan oleh tanah wakaf perkuburan  orang-orang islam.

Bangunan murid-murid lelaki dibina daripada kayu, beratapkan genting dan bertiang batu.  Panjang bangunan  adalah lebih kurang 30 meter dan lebarnya 10 meter.  Sebuah padang berukuran 120 meter x 80 meter telah disedia khas bagi murid-murid lelaki. Di bahagian kedua,  bagunan yang menempatkan murid perempuan dibina bangunan yang berlantaikan papan, berdinding kayu, beratap genting dan bertiang batu.  Bersebelahan bangunan ini dibina dua buah rumah guru dan sebuah bangunan sebagai tempat latihan memasak bagi murid-murid perempuan.  Bangunan  rumah guru diperbuat daripada kayu dan bertapkan genting sementara rumah memasak diperbuat keseluruhannya daripada batu dan bereatapkan genting. Kedua-dua bahagian sekolah ditadbir oleh guru besar yang berasingan, iaitu seorang guru besar di sekolah lelaki dan seorang guru besar di sekolah perempuan. 

Atas kesedaran akan pentingnya pendidikan telah menyebabkan pertambahan murid-murid perempuan.  Kejadian ini telah mendorong penduduk kampung membina sebuah lagi bangunan di kawasan perempuan. Bangunan baru diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink lalu diberi nama " Sri Bayan".  Berlakunya perubahan dasar pendidikan pada pertengahan tahun 1950an,  Sekolah Lubok Lelaki dan Sekolah Lubok Perempuan telah dicantumkan di bawah satu pentadbiran  lalu wujud satu nama baru sebagai Sekolah Umum Lubok.

Memandangkan bangunan Sri Bayan telah uzur dan berlaklu pula pertambahan bilangan murid, pada 1965 pihak Kementerian Pelajaran pada masa itu telah membina bangunan separuh kekal yang mengandungi dua bilik darjah di bahagian berhampiran dengan bangunan Sri Bayan.  1986 pula,  bagunan hadapan yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Lubok Lelaki, telah mendapat peruntukan ubah suai dan baik pulih.

1989, perubahan besar telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran.  Sekolah Lubok yang telah dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Lubok telah mendapat bangunan  baru tiga tingkat  yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber, sebuah Bilik Guru Besar, sebuah pejabat, sebuah makmal dan pelbagai kemudahan lain yang digunakan sehingga kini. 

Keistimewaaan SK Lubok, Batu pahat sebagai JBA0001 telah membawa tuah kepada guru besarnya ketika itu iaitu En Ahmad bin Kemin.  Pada  15 Oktober 2001, pihak JPNJ telah menerima faksimili dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan satu surat khas yang mengisytiharkan Sekolah Kebangsaan Lubok, Batu Pahat dinaik taraf ke gred A kategori sekolah kurang murid (SKM).  Secara tidak langsung guru besar yang menerajui  SK Lubok menerima kenaikan pangkat ke gred DGA34 dengan GPK hakiki walaupun bilangan murid yang ada hanya seramai 102 orang termasuk 25 orang murid pendidikan khas diketika itu. 1999 dibina 1 bangunan khas untuk murid-murid pendidikan khas dan 1 bangunan khas untuk murid-murid pra. 2010 sekali lagi SK Lubok menerima satu bagunan baru 4 tingkat yang mengandungi pelbagai kemudahan dan bilik-bilik khas sebagai pelengkap sekolah sebagai sekolah gred A.

Selama 109 tahun sekolah ini beroperasi, seramai 22 orang guru besar telah menerajui kepimpinan sekolah seperti senarai yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah.


BIL

NAMA GURU BESAR

TAHUN BERKHIDMAT

1

Tn.Hj. Mohamad bin Hj. Tahir

1904   -  1908

2

En Mohamad bin Razak

1908   -   1912

3

Pn. Halimah

1912   -   1918

4

Pn. Mendong binti Md. Yusof

1918   -   1920

5

En. Baharom bin Othman

1920   -   1924

6

Pn. Yang Chik binti Hj. Taib

1924   -   1925

7

En. Haron bin Hj. Sirat

1925   -   1930

8

En. Bahrom bin Kacong

1930   -   1938

9

Pn. Rahmah binti A. Manan

1938   -   1940

10

En. Md. Sudi bin Md Amin
1940   -   Zaman
1942       Jepun

11

En. Daud bin Mohamad

1951   -   1964

12

En. A.Samad bin Kadir

1964   -   1982


13


En. Kadir bin Bawok


1982   -   1986

14

En. A. Rahman bin Suhaimi

1986   -   1987

15.

En. Ismail bin A. Manan

1987   -   1989

16.

En. Abd. Jalal bin Masrom

1989   -   1995

17.

En. Ali bin Hj. Yunus

1995   -   1997

18

En. Ahmad bin Kemin

1997   -   2008

19

Pn. Debot binti A. Majid

2008   -   2008

20

En. Ab. Halim bin Ab. Samad

2008   -   2011

21

En. Abu Bakar bin Ahmad

2011   -   2012

22

Tn. Hj. Yunos bin Abd Rahman

         2012    -  2016

23

En. Md Osman Bin Abdullah

2016 hingga sekarang


 JADUAL 1  :  Senarai Nama Gur Besar Sk Lubok, Batu Pahat  1904 hingga kini


1.1.1.  Latar Belakang Sekolah
   
SK Lubok, Batu Pahat  merupakan sekolah kurang murid   gred A  yang lokasi pendaftarannya ialah luar bandar. Sekolah ini mula beroperasi pada 1904 dengan kod pendaftarannya JBA 0001 dan berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Batu Pahat, Johor.  SK Lubok mempunyai dua aliran murid iaitu aliran perdana dan aliran pendidikan khas dan dikategorikan sebagai sekolah bantuan kerajaan.  Kemudahan  perhubungan sekolah ini meliputi kemudahan telefon ( 07-4164398) , fax (07- 4164398) blog sekolah (sklubokjba0001@yahoo.com) dan email sekolah (jba0001@gmail.com). 

                                                   

                                                 


1.1.2.  Moto Sekolah

"  SK Lubok Unggul di Persada Juara  "
   


1.1.3.   Visi dan Misi Sekolah

Visi
SK Lubok  Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi

Sk Lubok Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



  1.1.4.   Matlamat Sekolah

1.   Untuk melahirkan murid-murid cemerlang dalam semua bidang akademik atau non 
      akademik serta membentuk mereka menjadi insan  mulia mengikut lunas agama.

2.   Menyediakan tenaga kerja yang mampu bersaing dengan perkembangan teknologi 
      tinggi  negara secara global.

3.  Menjadi sebahagian penggerak kepada masyarakat setempat sebagai  model
     pembentuk generasi yang berdaya maju.



1.1.5.  Piagam Pelanggan Sekolah

Kami warga Sekolah kebangsaan Lubok, Batu Pahat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.  Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi
     keperluan individu, masyarakat dan negara serta matlamat perpaduan negara.

2.  Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin,  
     bertanggungjawab  dan produktif.

3.  Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan
     bermula.

4.  Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan
     berkesan sepanjang masa.

5.  Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera,.

6.  Menentukan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan
     pelanggan murid, masyarakat dan negara.

7.  Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan
     cepat kepada yang berkenaan.

8.  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan yang
     membina dari semua  pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan
     kecemerlangan akademik.


9.  Memastikan pencapaian prestasi sekolah di bidang kurikulum, kokurikulum, dan
     sahsiah murid dikembangkan mengikut potensi positif yang terancang lebih baik
     daripada sebelumnya.


1.1.6.   Objektif Sekolah

Objektif Am
Melahirkan individu yang berilmu, berpendidikan, dan berdisiplin serta dapat memberikan sumbangan positif ke arah kemajuan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Objektif Khas
1.      Meningkatkan prestasi sekolah dalam penilaian UPSR melalui " Program Peningkatan" yang dirancang.

2.      Menambah serta memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid-murid.

3.      Menghapuskan sikap negatif terhadap pendidikan dinkalangan murid-murid.
4.      Mewujudkan budaya dan semangat berlumba-lumba terhadap pencapaian cemerlang dalam pendidikan.

5.      Menimbulkan kesedaran bahawa murid-murid adalah tanggungjawab yang dijadikan "harta yang tidak ternilai" untuk masa depan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

6.      Mewujudkan golongan murid yang sentiasa peka kepada pelajaran.

7.      Menanam serta memupuk nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.

8.      meningkatkan pencapaian kognitif, efektif, dan psikomotor di kalangan murid-murid supaya menjadi individu yang berpelajaran serta berpendidikan.

9.      Memelihara dan meningkatkan keharmonian masyarakat, bersatu padu, bekerjasama serta sentiasa taat kepada pemerintahan negara.

10.  memerangi kemiskinan di kalangan masyarakat serta melahirkan golongan masyarakat yang progresif bagi mencapai kemakmuran negara menjelang tahun 2020.

1.1.7.    Falsafah dan Nilai Sekolah

Falsafah sekolah berdasarkan " Falsafah Pendidikan Negara" iaitu:
1.      Sesungguhnya teras segala kegiatan di sekolah ini adalah kurikulum.

2.      Sesungguhnya guru-guru berupaya memberi perkhidmatan pengajaran yang berkesan.

3.      Sesungguhnya murid-murid ada potensi masing-masing yang boleh diperkembangkan dari segi kognitif dan efektif serta psikomotor oleh guru-guru dengan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan kehendak murid-murid yang berlainan latar belakang serta kemampuan.

4.      Sesungguhnya di akhir persekolahan diharapkan seseorang itu dapat:
·         menjadi individu yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang berpelajaran.
·         menjadi warga negara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
·         menjadi warganegara yang berkualiti.




1.1.8.    Lencana SK Lubok, Batu Pahat (JBA0001)

Berikut  adalah lencana SK Lubok dan maksud di sebalik warna dan simbol  yang terdapat pada lencana tersebut.




Pengertian Warna

1.  Warna Putih      -Keikhlasan dan kejujuran warga sekolah untuk mencapai kejayaan.
2.  Warna Kuning  - Ketaatan dan Keluruhan mematuhi undang-undang.
3.  Warna Biru      -  Perpaduan di kalangan warga sekolah.
4.  Warna Merah   - Ketekunan dan azam yang tinggi untuk mencapai  kejayaan.
5.  Warna Hitam   - Sanggup berkorban demi kejayaan.

Pengertian Simbol

1.  Segulung  Sijil      -  Puncak segala usaha gigih adalah mendapat sijil akademik terbaik.

2.  Buku dan Pena     -   Bidang akademik dan kurikulum sebagai landasan ilmu.

3.  Obor  - Bidang kokurukulum dan sosial sebagai pelengkap kehidupan

1.1.11.  Pelan Lokasi


                                                RAJAH 1: Lokasi kedudukan SK Lubok, Batu Pahat
           



 1.1.12.   Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal di sekolah ini tidak mencukupi namun usaha-usaha penambahbaikan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselesaan kepada pelajar dan guru.  Senarai kemudahan yang terdapat di sekolah ini seperti di jadual 2.

No
Jenis Kemudahan Fizikal
Bilangan
1
Bangunan Sekolah
2
2
Bilik darjah
6
3
Makmal/Bilik Sains
1
4
Pusat Sumber Sekolah
1
5
Surau
1
6
Bilik Sakit
1
7
Bengkel Kemahiran Hidup
1
8
Bilik Guru
1
9
Bilik Mesyuarat
1
10
Pejabat
1
11
Bilik Guru Besar
1
12
Bilik Guru Penolong Kanan
1
13
Tandas Murid
5
14
Tandas Guru
4
15
Kantin Sekolah
1
16
Stor
1
17
Bilik  Tayangan
1
18
Pondok Pengawal keselamatan
1
19
Padang
1

JADUAL 2:  Senarai Kemudahan Fizikal  SK Lubok, Batu Pahat


1.1.13.   PIBG

Kepentingan  peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG) kepada pihak sekolah untuk membantu peningkatan kualiti pendidikan keseluruhannya adalah jelas. Matlamat PIBG ditubuhkan adalah untuk membangunkan sekolah dan menjalin kerjasama dengan masyarakat setempat di samping menjamin murid-murid memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

YDP PIBG dan jawatankuasa  sentiasa berusaha melengkapkan sekolah dengan prasarana-prasarana yang sepatutnya ada bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di kalangan  warga sekolah. Antara sumbangan terbesar yang diperolehi daripada usaha YDP PIBG dan jawatankuasa ialah pembinaan sebuah surau yang bernilai RM60 000 atas sumbangan Yang Berhormat Datuk Zahari dan projek pelebaran jalan dan mengalihkan tiang lampu masuk ke sekolah atas usaha sama TNB. Setiap tahun PIBG akan menyumbang cenderahati kepada guru-guru, menampung perbelanjaan Hari Anugerah Cemerlang dan sumbangan sempena hari sukan sekolah. PIBG juga sentiasa peka dengan keperluan semasa sekolah seperti membayar kos Vest murid, menampung kekurangan perbelanjaan sebarang program yang dijalankan oleh sekolah, dan berbagai-bagai lagi.

PIBG juga sentiasa berusaha menambah pendapatan dengan mengadakan program kitar semula, mendapatkan sumbangan dari mana-mana agensi swasta dan juga bank dan menggalakkan derma perseorangan. Lampiran C dan Lampiran d menunjukkan nama AJK PIBG 2012/2013, aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dan penyata kewangan PIBG.




1 comment:

  1. Siapa ada gambar lama 1970an. Sekolah seri bayan lubok.

    ReplyDelete